Kita hanya merancang,
Tetapi Dia yang menentukan,
Dia itu adalah Ya Rabb...
Pernah dengar akan ungkapan sebegitu?
Pernah melihat peristiwa yang menggambarkan ungkapan sebegitu?
Pernah melalui peristiwa sebegitu?
Fikir sejenak,
Pasangan yang bercinta saban tahun tidak akan mustahil untuk berpisah,
Pelajar yang bercita-cita menjadi guru berkemungkinan menjadi seorang doktor,
Anak yang pintar mungkin merempat di tengah jalan,
Gadis yang dahulunya liar berkemungkinan untuk menjadi lebih sopan dari gadis yang sudah sedia sopan,
Jejaka terhangat berkemungkinan membujang sampai ke tua...
Kerana apa?
Kerana semuanya sudah ditulis oleh Allah di Luh Mahfuz.
Kita sebagai manusia yang selalu lupa dan lalai harus berusaha dalam mencapai sesuatu,
Mungkin semuanya tidak seperti yang kita rancangkan,
Tetapi ada sesuatu di sebalik usaha kita itu.
Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadia
Itulah keajaiban dan kekuasaan Allah..