I Mean What I Say....




nak bce ke x nk bce ke sudah....

nk ske ke x nk ske ke aq x kisah...
aq pye blog....
lntk aqlahh......

Wednesday, November 30, 2011

Pimpinlah Aku

kadang-kadang,
selalu sebenarnya,
aku ingin bersuara,
tetapi aku tidak pandai untuk berkata..



dan ketika aku sedang bermadah bicara,
aku lemas tanpa air,
kerana ada ketikanya persoalan diutarakan,
aku terdiam,
terkedu,
terpana.

nampak pada zahir aku tahu semua,
tetapi tidak,
oleh itu aku harus terus belajar.

pimpinlah tanganku,
agar aku tidak tersesat dalam dunia khayalan ini,
bantulah aku,
agar aku tidak terus hanyut dalam mimpi indahku.

pilihan itu ada,
cuma kita yang harus membuka hati dan fikiran,
persoalannya bukan siapa benar bukan siapa salah,
persoalannya ialah,
kita harus terus mencari,
mencari arah tujuan kehidupan kita,
mencari titik permulaan semula,
mencari makna hidup yang sebenarnya.

aku juga sepertimu,
masih lagi belajar,
jangan kau kira aku betul aku salah,
kau betul kau salah,
tetapi teruskan usahamu dalam mencari.

hijrahmu yang kutunggu,
kerana aku juga ingin berhijrah,
maafkan aku sekiranya aku terkasar denganmu,
seperti yang ku katakan,
teruskanlah pencarianmu,
agar yang sudah terang diterangkan lagi,
dan yang kabur diterangkan...

p/s: diriku tidak sempurna kerana aku juga manusia

Tuesday, November 29, 2011

A Little of My Beijing Story



Today,  this blog is about my life in Beijing since my friends asked for it..haha..who is it??let it be a secret..

Hmm…
So far daily life in Beijing agak boring kalau x derk plan nak ke mana-mana. And lagi satu duduk dalam bilik tepi ney, sejuk luar terasa sampai ke dalam bilik.luckily, badan dah start nak adapt dengan persekitaran kat sini.

     Baru dua bulan duduk sini tapi rasa macam seluruh Beijing dah jelajah. Sampaikan mak kata: duduk diam-diam lah dalam bilik tue. Ingat duit sikit. So duk jelah dalam bilik. Alhamdulillah, dah pergi The Forbidden City or in chinesenya, 故宫( Gu Gong) pergi sebab trip class and x brpe seronok sangat sebab spec hilang and banyak bangunan jerk. And yang paling x syoknyer, balik hostel sembahyang Zuhur, Asar  dengan Maghrib sekali.baru terasa susahnya duduk di negara orang.

First trip university, pergi ke The Great Wall a.k.a 长城 ( Chang Cheng). Penat giler kowt mendaki. But, once dah samapi dekat atas, masya Allah, cantiknya ciptaan Allah.Lukisan alam yang begitu indah. X terbayang dengan kata-kata. However, x de r nak jalan satu Great Wall kan?? Panjang sangat dan ada banyak pintu masuk..haha..

     So far, tempat yang the best adalah The Summer Palace ataupun lebih dikenali dengan nama  颐和园- yi he yuan. This place is very beautiful. The lake and the buildings. The souvenirs are very cheap. The panorama is super nice! And the next summer, I’ll go there once more. X laratlah nak abiskan jelajah hari tue sebab tempat dia sangat besar.  Yang lebih seronok, bila kawan-kawan semasak sesat. Dalam kelam kabut call budak berdua tue, ada ke boleh tanya lao shi- guru dalam bahasa Melayu. ‘Macam mane nak balik university kite?’ and diketawakan oleh rakan- rakan sekelas. Lao shi pulak muka tercengang-cengang. Hehe..bila ingat balik, malu pada diri sendiri jerk.. lupa ada kat China sekarang.. Duibuqi, lao shi.

   Pasal shopping pulak. China memang heaven untuk shopaholic. Pakaian sangat murah and believe it or not, time mula2x datang memang shopping x ingat dunia..haha..but now, Alhamdulillah once again sebab habait tue dah makin pupus ad boleh control dah nafsu. Makan kat sini x payah cakap. Mula2x datang macam haru biru sebab x pandai lagi cari makanan halal. Sekarang, addicted! Haha..so far so cold.. and I wish my plan nak ke Xi An this winter jadi! Malaysia wait for me next summer!hehe..



p/s : really love Malaysia and proud to be Malaysian. Semua orang kenal kami kerana kami bertudung dan cantik..hehe..( really) <3

Saturday, November 26, 2011

Bila Menolong Kerana Allah

masih ku ingat,
di suatu malam yang hening,
aku ber fb,
aku risau kerana seniorku begitu baik hati membantu,
ya Allah sudinya mereka.

lalu satu persoalan aku utarakan...
" x penat ke akak tolong kami??"

satu jawapan yang membuatkan aku tersentap............

" apabila menolong kerana Allah, semuanya menjadi mudah"

Ya Allah,
Kau telah titipkan kepadaku senior yang begitu baik,
senang menghulurkan bantuan,
sudi menghabiskan masa dan tenaga,
mudah untuk memberi nasihat,
dan tidak jemu menemui kami...

Aku tersentap,
adakah selama ini aku rakan yang baik??
adakah selama ini aku adalah seorang sahabat yang akan membawa sahabatnya ke neraka???
atau ke syurga??
adakah selama ini telah cukup bekalanku untuk ke syurga??
adakah aku akan menjadi sehebat seniorku itu??
adakah aku akan tenggelam dalam permainan dunia??

Apabila menolong kerana Allah,
yang susah akan menjadi mudah,
kerana dipermudahkan oleh Allah,
insya Allah...

p/s : ikhlaskan hati membantu kerana Allah kerana niat itu adalah akar kehidupan kita..

Wednesday, November 16, 2011

Allah always there for you..insya Allah



Terasa,
Terasing,
Bersendirian,
Alone,
Independent,
Luckily, Allah always there looking after us.

Manusia,
Tiada yang kekal,
Tetapi dikatakan kasih sayangnya yang akan kekal bersemi,
Tetapi dikatakan jasanya yang akan terus diingati,
Tetapi dikatakan namanya yang akan terus disebut.

Di bumi asing,
Aku belajar,
Bahawa independent itu penting,
Kerana aku belum menemui sahabat sejati,
Kerana aku belum menemui kasih yang tulus,
Kerana aku masih lagi samar dalam mencari kegelapan.

Aku takut,
Takut untuk merapati seseorang,
Kerana trauma itu masih ada,
Kerana takut dilabel junior pembodek,
Kerana takut dibenci rakan.

Ya Allah,
Besarnya kesan peristiwa itu,
Peristiwa hitam yang akan sentiasa kekal di dalam hati,
Masya Allah,
Tolong hambaMu yang lemah ini,
Kerana dia takut dalam melangkah ke hadapan,
Kerana dia bimbang peristiwa itu akan berlaku lagi.

Ya, dia sedang belajar supaya tabah,
Ya, dia sedang mengingati dirinya supaya tidak tamak,
Ya, dia sedang berusaha menangkis tanggapan buruk.

Ya Allah,
Tabahkan hatinya…

Saturday, November 12, 2011

Cooking..Again..


你们好!
我叫美兰
我是马来西亚留学生.

Apa khabar semua!
Nama saya Mei Lan (nama kt China)
Saya ialah pelajar luar negara dari Malaysia..

Okay,
Hari ney nak cerita pasal hobi baru
Hobi baru saya adalah memasak…
But, I can cook only for me,
Sebab kalau x sedap, saye sahaja yang tahu..
Haha..
Kedekut??
Bukan kedekut tapi x nak kawan2x rase yang x sedap,
Kalau sedap, insyaAllah saya akan bagi..

Kalau dulu asyik mengeluh betapa x pandaniya masak,
Tapi bila fikir balik,
Memasak itu harus, sebab saya yang nak makan,
Saya yang nak saving,
Saya yang nak kawen nanti (okay hal yang ni, jangan komen)
So, I’ll need to learn cook again..

Thank you mother,
For your recipes.
Hopefully, I’ll succeed to make them deliciously!!!!!!

p/s: kuasa Allah siapa yang tahu…



Thursday, November 10, 2011

My First Assignment...

hehe..
kali ney nak share ape yang sya kna buat..
find the story of chinese zodiac..
interesting and very enjoyable..
but as Muslims, kte x boleh percaya sangat...
so read it hanya untuk tenangkan fikiran..ok??


Here's an amusing story about how the 12 Chinese zodiac animals were chosen.
Long long ago, in China, the Jade Emperor wanted to find a easy way to count years, so someone suggested that they can select 12 animals to represent the 12-year-cycle in lunar calendar, each for a year.
The Jade Emperor told the animals that the first 12 coming to the Palace would be the winners and they would each have a year of the zodiac named after them.
The ox knew that he was slow, so he left home at night the day before, it turned out that he came first the next morning. The second is the tiger. The third is the rabbit. The fourth is the dragon. The snake, horse, sheep, monkey, rooster, dog, pig and rat were behind them.
The Jade Emperor chose the ox to be the first of the 12 zodiac signs, because the ox is the biggest one. But rat said:" I am the biggest one! If you don't agree, let me walk through the street, see what people say." Then the Emperor asked the ox and the rat to come to the street. The ox came first, people were friendly to the ox, but no one said he was big. Suddenly, the rat jumped on the ox's back and people said:" Look! A big rat! ".  So the rat won. That's why the rat comes first in the 12 Chinese zodiac signs.
The dragon was imposing and shining then, however, like a fly in the ointment, he was bald. As soon as the dragon jumped out of the river, he saw the two beautiful horns of the rooster. So the dragon decided to borrow the horns from the rooster. But, the rooster disagreed. Then there came a centipede who persuade the rooster to lend the horns to the dragon and the rooster finally agreed. That's why the dragon has two horns.
After a while, the rooster regreted and asked the dragon to give the horns back. But the dragon jumped into the water and disappeared. The rooster cannot swim. So he found the centipede and ate it. That's why roosters hate centipedes.

Wednesday, November 9, 2011

Aidiladha di bumi Beijing...


Alhamdulillah..
Masih dipanjangkan nyawa untuk menyambut Aidiladha di bumi Beijing ini..
Masih dapat merasa nikmat hidup..
Pit stop pertama: Embassy of Malaysia
Pit stop kedua : Niu Jie (perkampungan Islam)
Di Niu Jie dapat melihat orang melapah..
But sadly, this year x dpt solat raye because lambat sampai di Embassy,
And
Let the pictures  talk...             

                                                      dalam masjid Niu Jie..



                                                Salam Aidiladha dari saya...

Wednesday, November 2, 2011

Nikmat Hidup...


Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun...

Banyak maksiat yang sudah kita lakukan,
Tanpa sedar ataupun tidak,
Banyak dosa yang telah kita palitkan pada diri kita,
Secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Secara tidak langsung ataupun secara langsung,
Kita telah banyak menghampakan Ya Rabb,
Kita gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi,
Dan kita juga gagal sama sekali dalam menghayati erti sebuah kehidupan.

Andaikan kita adalah seorang bos di sebuah syarikat besar,
Andaikan kita sebagai seorang ketua keluarga,
Andaikan kita adalah ketua sebuah kumpulan,
Sekiranya para pekerja gagal memberi kejayaan kepada syarikat,
Sekiranya anak-anak tidak mendengar kata,
Sekiranya ahli-ahli kumpulan gagal menjalankan tugas,
Apakah yang akan kita lakukan??
Pecat, maki, marah, hina dan sebagainya..

Namun,
Pernahkah kita terfikir...
Penyayangnya Ya Rabbiku kepadaku,
Pengampunnya Ya Ghafur kepadaku,
Sayangnya Ya Rahim kepadaku,
Dia masih lagi memberi kita nafas,
Masih lagi memberi kita nikmat hidup, nikmat ujian dan rahmat, nikmat masa, dan pelbagai lagi nikmat,
Masih lagi memberi  kita kesempatan untuk meneruskan perjalanan kita sebagai khalifah-Nya,
Dan masih lagi mengurniakan hari-hari yang mendatang...

Untuk siapa?
Untuk manusia yang TIDAK tahu bersyukur,
Untuk manusia yang TERUS menerus  melakukan dosa,
Untuk manusia yang ALPA dengan nikmat yang diberi...

Dia tidak terus menghukum kerana ALLAH itu Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani..

Maka,
Adakah kita harus mempertikaikan kekuasaan-Nya,
Adakah kita akan terus mendustakan nikmat anugerah-Nya??

p/s : untuk diri saya dan para sahabat yang saya kasihi