kadang-kadang,
selalu sebenarnya,
aku ingin bersuara,
tetapi aku tidak pandai untuk berkata..
dan ketika aku sedang bermadah bicara,
aku lemas tanpa air,
kerana ada ketikanya persoalan diutarakan,
aku terdiam,
terkedu,
terpana.
nampak pada zahir aku tahu semua,
tetapi tidak,
oleh itu aku harus terus belajar.
pimpinlah tanganku,
agar aku tidak tersesat dalam dunia khayalan ini,
bantulah aku,
agar aku tidak terus hanyut dalam mimpi indahku.
pilihan itu ada,
cuma kita yang harus membuka hati dan fikiran,
persoalannya bukan siapa benar bukan siapa salah,
persoalannya ialah,
kita harus terus mencari,
mencari arah tujuan kehidupan kita,
mencari titik permulaan semula,
mencari makna hidup yang sebenarnya.
aku juga sepertimu,
masih lagi belajar,
jangan kau kira aku betul aku salah,
kau betul kau salah,
tetapi teruskan usahamu dalam mencari.
hijrahmu yang kutunggu,
kerana aku juga ingin berhijrah,
maafkan aku sekiranya aku terkasar denganmu,
seperti yang ku katakan,
teruskanlah pencarianmu,
agar yang sudah terang diterangkan lagi,
dan yang kabur diterangkan...
p/s: diriku tidak sempurna kerana aku juga manusia
I'm just a girl who dreams to become a solehah daughter, a loyal friend and successful person dunia and akhirat!!!!
I Mean What I Say....
nak bce ke x nk bce ke sudah....
nk ske ke x nk ske ke aq x kisah...
aq pye blog....
lntk aqlahh......
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
A Little of My Beijing Story
Today, this blog is about my life in Beijing since my friends asked for it..haha..who is it??let it be a secret..
Hmm…
So far daily life in Beijing agak boring kalau x derk plan nak ke mana-mana. And lagi satu duduk dalam bilik tepi ney, sejuk luar terasa sampai ke dalam bilik.luckily, badan dah start nak adapt dengan persekitaran kat sini.
Baru dua bulan duduk sini tapi rasa macam seluruh Beijing dah jelajah. Sampaikan mak kata: duduk diam-diam lah dalam bilik tue. Ingat duit sikit. So duk jelah dalam bilik. Alhamdulillah, dah pergi The Forbidden City or in chinesenya, 故宫( Gu Gong) pergi sebab trip class and x brpe seronok sangat sebab spec hilang and banyak bangunan jerk. And yang paling x syoknyer, balik hostel sembahyang Zuhur, Asar dengan Maghrib sekali.baru terasa susahnya duduk di negara orang.
First trip university, pergi ke The Great Wall a.k.a 长城 ( Chang Cheng). Penat giler kowt mendaki. But, once dah samapi dekat atas, masya Allah, cantiknya ciptaan Allah.Lukisan alam yang begitu indah. X terbayang dengan kata-kata. However, x de r nak jalan satu Great Wall kan?? Panjang sangat dan ada banyak pintu masuk..haha..
So far, tempat yang the best adalah The Summer Palace ataupun lebih dikenali dengan nama 颐和园- yi he yuan. This place is very beautiful. The lake and the buildings. The souvenirs are very cheap. The panorama is super nice! And the next summer, I’ll go there once more. X laratlah nak abiskan jelajah hari tue sebab tempat dia sangat besar. Yang lebih seronok, bila kawan-kawan semasak sesat. Dalam kelam kabut call budak berdua tue, ada ke boleh tanya lao shi- guru dalam bahasa Melayu. ‘Macam mane nak balik university kite?’ and diketawakan oleh rakan- rakan sekelas. Lao shi pulak muka tercengang-cengang. Hehe..bila ingat balik, malu pada diri sendiri jerk.. lupa ada kat China sekarang.. Duibuqi, lao shi.
Pasal shopping pulak. China memang heaven untuk shopaholic. Pakaian sangat murah and believe it or not, time mula2x datang memang shopping x ingat dunia..haha..but now, Alhamdulillah once again sebab habait tue dah makin pupus ad boleh control dah nafsu. Makan kat sini x payah cakap. Mula2x datang macam haru biru sebab x pandai lagi cari makanan halal. Sekarang, addicted! Haha..so far so cold.. and I wish my plan nak ke Xi An this winter jadi! Malaysia wait for me next summer!hehe..
p/s : really love Malaysia and proud to be Malaysian. Semua orang kenal kami kerana kami bertudung dan cantik..hehe..( really) <3
Saturday, November 26, 2011
Bila Menolong Kerana Allah
masih ku ingat,
di suatu malam yang hening,
aku ber fb,
aku risau kerana seniorku begitu baik hati membantu,
ya Allah sudinya mereka.
lalu satu persoalan aku utarakan...
" x penat ke akak tolong kami??"
satu jawapan yang membuatkan aku tersentap............
" apabila menolong kerana Allah, semuanya menjadi mudah"
Ya Allah,
Kau telah titipkan kepadaku senior yang begitu baik,
senang menghulurkan bantuan,
sudi menghabiskan masa dan tenaga,
mudah untuk memberi nasihat,
dan tidak jemu menemui kami...
Aku tersentap,
adakah selama ini aku rakan yang baik??
adakah selama ini aku adalah seorang sahabat yang akan membawa sahabatnya ke neraka???
atau ke syurga??
adakah selama ini telah cukup bekalanku untuk ke syurga??
adakah aku akan menjadi sehebat seniorku itu??
adakah aku akan tenggelam dalam permainan dunia??
Apabila menolong kerana Allah,
yang susah akan menjadi mudah,
kerana dipermudahkan oleh Allah,
insya Allah...
p/s : ikhlaskan hati membantu kerana Allah kerana niat itu adalah akar kehidupan kita..
di suatu malam yang hening,
aku ber fb,
aku risau kerana seniorku begitu baik hati membantu,
ya Allah sudinya mereka.
lalu satu persoalan aku utarakan...
" x penat ke akak tolong kami??"
satu jawapan yang membuatkan aku tersentap............
" apabila menolong kerana Allah, semuanya menjadi mudah"
Ya Allah,
Kau telah titipkan kepadaku senior yang begitu baik,
senang menghulurkan bantuan,
sudi menghabiskan masa dan tenaga,
mudah untuk memberi nasihat,
dan tidak jemu menemui kami...
Aku tersentap,
adakah selama ini aku rakan yang baik??
adakah selama ini aku adalah seorang sahabat yang akan membawa sahabatnya ke neraka???
atau ke syurga??
adakah selama ini telah cukup bekalanku untuk ke syurga??
adakah aku akan menjadi sehebat seniorku itu??
adakah aku akan tenggelam dalam permainan dunia??
Apabila menolong kerana Allah,
yang susah akan menjadi mudah,
kerana dipermudahkan oleh Allah,
insya Allah...
p/s : ikhlaskan hati membantu kerana Allah kerana niat itu adalah akar kehidupan kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)