Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun...
Banyak maksiat yang sudah kita lakukan,
Tanpa sedar ataupun tidak,
Banyak dosa yang telah kita palitkan pada diri kita,
Secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Secara tidak langsung ataupun secara langsung,
Kita telah banyak menghampakan Ya Rabb,
Kita gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi,
Dan kita juga gagal sama sekali dalam menghayati erti sebuah kehidupan.
Andaikan kita adalah seorang bos di sebuah syarikat besar,
Andaikan kita sebagai seorang ketua keluarga,
Andaikan kita adalah ketua sebuah kumpulan,
Sekiranya para pekerja gagal memberi kejayaan kepada syarikat,
Sekiranya anak-anak tidak mendengar kata,
Sekiranya ahli-ahli kumpulan gagal menjalankan tugas,
Apakah yang akan kita lakukan??
Pecat, maki, marah, hina dan sebagainya..
Namun,
Pernahkah kita terfikir...
Penyayangnya Ya Rabbiku kepadaku,
Pengampunnya Ya Ghafur kepadaku,
Sayangnya Ya Rahim kepadaku,
Dia masih lagi memberi kita nafas,
Masih lagi memberi kita nikmat hidup, nikmat ujian dan rahmat, nikmat masa, dan pelbagai lagi nikmat,
Masih lagi memberi kita kesempatan untuk meneruskan perjalanan kita sebagai khalifah-Nya,
Dan masih lagi mengurniakan hari-hari yang mendatang...
Untuk siapa?
Untuk manusia yang TIDAK tahu bersyukur,
Untuk manusia yang TERUS menerus melakukan dosa,
Untuk manusia yang ALPA dengan nikmat yang diberi...
Dia tidak terus menghukum kerana ALLAH itu Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani..
Maka,
Adakah kita harus mempertikaikan kekuasaan-Nya,
Adakah kita akan terus mendustakan nikmat anugerah-Nya??
p/s : untuk diri saya dan para sahabat yang saya kasihi
nice entry.
ReplyDeletethank you..
ReplyDelete