I Mean What I Say....




nak bce ke x nk bce ke sudah....

nk ske ke x nk ske ke aq x kisah...
aq pye blog....
lntk aqlahh......

Wednesday, November 30, 2011

Pimpinlah Aku

kadang-kadang,
selalu sebenarnya,
aku ingin bersuara,
tetapi aku tidak pandai untuk berkata..



dan ketika aku sedang bermadah bicara,
aku lemas tanpa air,
kerana ada ketikanya persoalan diutarakan,
aku terdiam,
terkedu,
terpana.

nampak pada zahir aku tahu semua,
tetapi tidak,
oleh itu aku harus terus belajar.

pimpinlah tanganku,
agar aku tidak tersesat dalam dunia khayalan ini,
bantulah aku,
agar aku tidak terus hanyut dalam mimpi indahku.

pilihan itu ada,
cuma kita yang harus membuka hati dan fikiran,
persoalannya bukan siapa benar bukan siapa salah,
persoalannya ialah,
kita harus terus mencari,
mencari arah tujuan kehidupan kita,
mencari titik permulaan semula,
mencari makna hidup yang sebenarnya.

aku juga sepertimu,
masih lagi belajar,
jangan kau kira aku betul aku salah,
kau betul kau salah,
tetapi teruskan usahamu dalam mencari.

hijrahmu yang kutunggu,
kerana aku juga ingin berhijrah,
maafkan aku sekiranya aku terkasar denganmu,
seperti yang ku katakan,
teruskanlah pencarianmu,
agar yang sudah terang diterangkan lagi,
dan yang kabur diterangkan...

p/s: diriku tidak sempurna kerana aku juga manusia

6 comments:

  1. salam alaik adik;)

    semoga Allah kuatkan kaki untuk melakukan perubahan itu,semoga hijrah itu akan Allah mudahkan,cepat atau lambat..

    gunakan kakak2 di beijing yang Allah hantarkan buat adik tue sebaik mungkin..hehe

    salam ukhuwahfillah dari akak^^

    ReplyDelete
  2. Salam kembali akak..thankz for the comment cause i really appreciate it..pimpinlah saye yea kak..huhu..

    ReplyDelete
  3. salam.... aku tak pernah salahkan sape2 pon.... macam yg aku kata... mungkin kerana aku bermula pada titik yang salah.... kesilapan yg berlaku atas perbuatan aku sendiri.... kalu entry tue lukakan hati kau... aku mnta maaf... :'(

    ReplyDelete
  4. salam ada..no biggie r..aq tulis utk diri aq..klu terasa sorry...

    ReplyDelete
  5. haish..sastera nye ekau..hehehhh
    P/s:truskan hjrahmu untuk jd yg lbih bek..amiinn

    ReplyDelete
  6. Amin..semoga doamu mengiringi aku..wahai sahabat

    ReplyDelete